Jemaah al-Aqsa cedera diserang tentera Zionis, jurnalis diculik

AL-QUDS, 26 Julai 2017 — Tentera Zionis malam tadi menyerang para jemaah yang berjaga dan mendirikan solat Isyak di kawasan Pintu al-Majlis berdekatan Masjid al-Aqsa.

Lebih 15 orang jemaah dilaporkan cedera termasuk seorang kanak-kanak berumur 10 tahu dan seorang jurnalis, Fatima al-Bakri. Manakala seorang lagi jurnalis, Fayez Abu Rmeila, diculik.

Tentera Zionis secara tiba-tiba menyerang para jemaah dengan menggunakan baton serta melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom pelali.

Bulan Sabit Merah Palestin merawat tiga belas orang mangsa, termasuk mereka yang terkena tembakan peluru getah. Sementara tiga orang jemaah termasuk seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts