Jemaah bantah syarat masuk Masjid al-Aqsa melalui alat pengesan logam

AL-QUDS, 17 Julai 2017 (PIC) — Staf Jabatan Wakaf bersama ratusan ahli jemaah buat hari kedua berturut-turut membantah syarat yang dikenakan oleh polis Zionis – memasuki Masjid al-Aqsa melalui alat pengesan logam.

Suasana menjadi semakin tegang apabila para jemaah bertegas dan tetap dengan pendirian mereka, mendakwa syarat tersebut sebagai sebahagian daripada cubaan rejim Zionis untuk mengenakan sekatan ke atas Masjid al-Aqsa.

Penduduk Palestin menyeru perhimpunan besar-besaran di luar kawasan masjid, untuk mendesak supaya alat-alat pengesan logam yang dipasang di pintu masuk tapak suci umat Islam itu dibuang semula.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Zionis mengharamkan tiga orang penjaga masjid, Muhannad al-Zaal, Luay Abu al-Saoud dan Amer al-Salfiti, daripada memasuki tapak suci itu.

Malam tadi, beberapa ahli jemaah cedera apabila dipukul oleh polis Zionis di hadapan pintu-pintu masuk al-Aqsa. Pasukan polis turut mengejar imam dan para jemaah di lorong-lorong Kota Lama al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts