Jemaah bersolat Asar di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 27 Julai 2017 — Penduduk Palestin mula memasuki Masjid al-Aqsa tengahari tadi setelah jawatankuasa khas yang memeriksa dan menilai situasi memmberi kebenaran, berikutan tindakan rejim penjajah menanggal dan membawa keluar semua peralatan kawalan keselamatan malam tadi.

Bagaimanapun lebih ramai anggota polis Zionis dikerahkan ke Masjid al-Aqsa.

Para jemaah membanjiri pintu-pintu masuk masjid sejak sebelum waktu Zuhur, melaungkan takbir Allahu Akbar.

Para murabitin turut memasuki tapak suci itu melalui Pintu Huttah dan Pintu al-Asbat, sungguhpun dikekang oleh polis Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts