Jemaah cedera dalam serangan polis Zionis di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 26 Jun 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis pagi tadi menyerang dan mencederakan beberapa orang jemaah yang beriktikaf dalam Masjid al-Aqsa.

Tindakan polis Zionis membenarkan sekumpulan pendatang Yahudi menceroboh masuk dengan dikawal oleh pasukan keselamatan mencetuskan provokasi dan kemarahan di kalangan para jemaah, yang cuba menghalang mereka dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Keadaan menjadi tegang apabila pihak polis melepaskan tembakan peluru dan gas pemedih mata ke arah para jemaah serta memukul mereka dengan belantan.

Sekurang-kurangnya 12 orang ahli jemaah cedera terkena tembakan peluru getah. Lima orang dikejarkan ke Hospital al-Maqasid dalam keadaan parah.

Empat ahli jemaah ditangkap, termasuk dua orang warga Afrika Selatan.

Menurut Jabatan Wakaf, tindakan pihak polis penjajah membuka Pintu al-Maghareba bagi memberi laluan kepada para pendatang merupakan suatu yang luar biasa sepanjang tempoh 10 hari terakhir Ramadan sejak 14 tahun lalu. Pintu tersebut sepatutnya ditutup sama sekali.

Beberapa hari lalu pihak polis Zionis mendakawa bahawa pendatang Yahudi tidak akan dibenarkan menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sepanjang 10 hari terakhir Ramadan, ketika mana ramai orang Islam beriktikaf di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts