Jemaah menuju ke al-Aqsa cedera diserang tentera Zionis

RAMALLAH, 16 Jun 2017 (PIC) — Beberapa orang penduduk Palestin cedera dan sebahagian yang lain ditahan dalam pertempuran di sekatan Qalandia di selatan Ramallah selepas tentera Zionis menyekat ribuan jemaah yang menuju ke Masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Jumaat.

Tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata secara dengan banyaknya, menyebabkan ramai yang mengalami sesak nafas.

Ramai pemuda bertindak memanjat Tembok Pemisah untuk melepasi sekatan tentera. Sebahagian daripada mereka ditangkap.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts