GAZA, 26 Apr 2018 — Jenazah Dr Fadi Muhammad al-Batsh selamat tiba di Gaza melalui pintu lintasan Rafah setelah diterbangkan dari Kuala Lumpur semalam.
Jenazah almarhum disambut oleh ribuan penduduk, termasuk ahli keluarga dan pemimpin-pemimpin Gaza. Beliau kemudiaannya dibawa ke Jabaliya untuk dikebumikan selepas solat Maghrib.
Dr. Fadi dibunuh oleh orang yang tidak dikenali, dipercayai ejen perisikan Zionis Mossad, di Kuala Lumpur pada pagi Sabtu lalu.
(PIC)