Jenazah dua beradik diserahkan kepada keluarga

RAMALLAH, 23 Mei 2016 (Maan) — Rejim Zionis pagi tadi menyerahkan jenazah Maram Salih Hassan Abu Ismail, 23, dan adiknya Ibrahim Taha, 16, yang ditembak mati di sekatan tentera Qalandiya dpada 27 April lalu.

Jenazah mereka diserahkan di pusat tahanan Ofer yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di antara bandar Beituniya dan Rafat. Pihak Zionis hanya membenarkan ambulan memasuki pusat tersebut untuk membawa keluar jenazah.

Maram yang hamil dua bulan dan adiknya ditembak apabila disyaki kononnya cuba membaling pisau ke arah tentera Zionis. Bagaimanapun, para saksi menegaskan bahawa dua beradik tersebut tidak menunjukkan sebarang ancaman ketika mereka ditembak, tetapi mereka tersilap memasuki kawasan di sekatan tersebut serta tidak memahami arahan tenetra yang berbahasa Ibrani.

Pihak Zionis menamatkan siasatan terhadap kes pembunuhan ini atas alasan mereka ditembak oleh pengawal keselamatan swasta, bukannya pegawai polis atau tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts