Jet-jet perang tentera Zionis serang Gaza

GAZA, 12 Ogos 2020 — Jet-jet perang tentera penjajah Zionis mengebom beberapa lokasi di Gaza awal pagi tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Serangan udara itu menyasarkan sebuah pos mujahidin di barat Kota Gaza dan kawasan lapang di timur Rafah di selatan Gaza.

Beberapa lagi serangan menyasarkan sebuah menara pemerhati di kejiranan al-Nahda di Rafah serta sebuah pusat kawalan di timur Kota Gaza.

Tentera Zionis mendakwa serangan terbaharu itu sebagai tindak balas ke atas penduduk Gaza yang melepaskan belon membawa api, sehingga menyebabkan lebih 60 kebakaran di kawasan penempatan Yahudi berdekatan sempadan.

Kumpulan pemuda Gaza melepaskan belon-belon tersebut sebagai membantah sikap rejim Zionis tidak memenuhi perjanjian gencatan senjata untuk melonggarkan sekatan ke atas Gaza.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts