Jip tentera Zionis terbakar dalam pertempuran di Sebastia

NABLUS, 4 Sep 2016 (PIC) — Tentera Zionis menyerang masuk bandar Sebastia di barat laut kota Nablus dan membuang bendera yang dikibarkan berdekatan dewan Roman, sehingga mencetus pertempuran dengan pemuda Palestin.

Para pemuda bertindak membaling bom Molotov dan batu, menyebabkan sebuah jip tentera terbakar.

Khamis lalu, para pemuda menaikkan bendera Palestin di tempat tersebut setelah tentera Zionis membuangnya sebelum itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts