Jordan batal projek pemasangan kamera di al-Aqsa

AMMAN, 19 Apr 2016 (PIC) — Perdana Menteri Jordan, Abdullah al-Nsour, mengisytiharkan keputusan untuk membatalkan projek pemasangan kamera keselamatan di Masjid al-Aqsa.

Kenyataan beliau semalam menyebut bahawa projek tersebut kini tidak mendapat persetujuan penduduk Islam al-Quds, dan Jordan menghormati kehendak mereka.

Bulan lalu, Kementerian Wakaf Jordan memulakan projek memasang 55 kamera keselamatan. Sungguhpun pemasangan dibuat oleh Jordan, pihak rejim Zionis mendesak supaya rakaman kamera dikawal oleh mereka, justeru menjadi alat kepada rejim untuk mengawal keadaan di masjid suci umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts