AMMAN, 8 Nov 2016 (MEMO) — Kementerian Buruh Jordan hari ini mengeluarkan arahan mengharamkan pelarian Palestin daripada bekerja dalam 19 bidang, termasuk menjadi guru di sekolah kerajaan mahupun swasta.
Arahan tersebut mengeruhkan lagi kesengsaraan pelarian Palestin yang menumpang hidup di Jordan, sejak kerajaan Jordan mewajibkan semua warga atau pelarian Palestin memohon permit pekerjaan sejak bulan Januari lalu.
Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah swasta sejak 10 tahun lalu, Shereen Odeh, terpaksa berhenti kerja dan hilang punca pendapatan kerana pihak berwajib enggan mengeluarkan permit kerja berikutan arahan terbaharu ini.