Jordan nafi bersetuju tarikh memasang kamera keselamatan di al-Aqsa

AMMAN, 7 Mac 2016 (PIC) — Setiausaha Agung Kementerian Wakaf Jordan, Abdul Munem al-Hiyari, menafikan wujudnya sebarang perjanjian dengan pihak penjajah Zionis berkaitan tarikh pemasangan kamera keselamatan di Masjid al-Aqsa, yang didakwa akan bermula bulan hadapan. Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa kajian teknikal bagi pemasangan tersebut kini di tahap akhir.

Media Zionis semalam menyebut bahawa Jordan telah bersetuju untuk memasang kamera keselamatan di masjid suci umat Islam itu sebelum cuti perayaan Yahudi Passover pada bulan April.

Persetujuan di antara Jordan dan rejim Zionis bagi memasang kamera tersebut dibuat pada 25 Oktober 2015 di bawah naungan Setiausaha Negara Amerika, John Kerry.

Jordan menegaskan bahawa mereka memegang hak mutlak ke atas bilik kawalan kamera tanpa sebarang campur tangan oleh pihak Zionis. Rejim Zionis bagaimanapun menuntut supaya kamera di pasang di dalam semua masjid atau musolla di kawasan Masjid al-Aqsa termasuk di Kubah as-Sakhra’, tetapi dibantah oleh pihak Jordan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts