Jurnalis akan dihadap ke mahkamah kerana menggelar askar Zionis sebagai “binatang”

TEL AVIV, 11 Mac 2019 — Jurnalis Oshrat Kotler yang menggelar seorang askar sebagai “manusia binatang” ketika memukul seorang penduduk Palestin bersama anaknya dalam tahanan, akan dihadapkan ke mahkamah Zionis atas tuduhan menghasut.

Jurnalis Channel 13 itu dalam satu siaran berita pada bulan Februari lalu menyebut, “Apabila anda menghantar anak ke [menyertai] tentera [Zionis], mereka masih kanak-kanak. Anda hantar mereka ke wilayah tersebut [Palestin yang terjajah], dan mereka kembali sebagai manusia binatang. Inilah hasil dari penjajahan.”

Komentar beliau itu mencetus bantahan dari pelbagai pihak. Bahkan Benjamin Netanyahu menyifatkan kata-kata Kotler “patut menerima setiap kecaman”, dan beliau [Netanyahu] berbangga dengan tentera Zionis serta menyayangi mereka.

Askar terbabit telah dihukum bersalah atas tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang penduduk Palestin yang berumur 50 tahun berama anak lelakinya yang berumur 15 tahun ketika dalam tahanan. Mereka dipukul sebagai membalas dendam ke atas serangan terhadap rakan askar terbabit, seorang anggota batalion ultra-ortodoks Netzah Yehuda dari Briged Kfir, yang berkawal di kota Jenin.

Tindakan mendakwa Kotler di mahkamah dilihat sebagai langkah rejim Zionis untuk mengekang kritikan ke atas tentera dan ahli politik mereka.

(MEMO, YNet)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts