Jurnalis Dihalang Masuk Kawasan Issawiya Di Al-Quds Timur

AL-QUDS, 18 Okt 2015 (AIC) — Polis Zionis menutup laluan masuk utama ke kawasan kejiranan Issawiya di Al-Quds Timur awal pagi ini dan menghalang jurnalis daripada memasuki kawasan tersebut.

Jurnalis dari Al-Jazeera dan beberapa agensi bebas diberitahu oleh polis yang mengawal sekatan di Issawiya bahawa mereka dihalang memasuki laluan tersebut, dan mencabar para junalis supaya menyaman mereka atas tindakan itu.

Penduduk Issawiya tidak lagi dibenarkan memasuki kawasan perumahan mereka dengan menaiki kenderaan, bahkan polis yang berkawal di kawasan tersebut boleh menghalang sesiapa sahaja yang berjalan kaki untuk sampai ke situ.

Pertempuran di antara penduduk Issawiya dan polis Zionis tercetus sepanjang Sabtu malam, di mana pihak polis menembak peluru hidup, peluru getah, bom pelali serta gas pemedih mata ke arah mereka yang membaling batu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts