AL-QUDS, 2 Julai 2016 (WAFA) — Sekurang-kurangnya dua orang jurnalis Palestin cedera apabila tentera Zionis menyerang mereka secara ganas ketika membuat liputan serangan tentera ke atas penduduk yang cuba memasuki al-Quds di perkampungan an-No’man dan al-Khass di timur Beit Lahm.
Tentera Zionis menyekat jurnalis dari saluran satelit Al-Ghad Al-Arabi iaitu Raed Sharif dan Radhi Karama, dan secara tiba-tiba menembak kaki Radhi Karama dengan bom gas pemedih mata, sebelum memukul mereka berdua dengan senjata dan baton.
Kedua-dua mangsa yang cedera dan luka di seluruh badan itu dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendpaatkan rawatan.
Terdahulu, tentera Zionis menyerang ratusan pemuda Palestin dengan bom gas pemedih mata di sekatan Mazmoria, ketika mereka cuba memasuki al-Quds untuk mendirikan solat Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan di Masjid al-Aqsa.
Sebilangan pemuda tercedera dan beberapa buah rumah hijau di kawasan pertanian berdekatan terbakar akibat tembakan gas pemedih mata yang sangat sengit.