AL-QUDS, 18 Julai 2016 (PIC) — Mahkamah majistret Zionis di al-Quds menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan ke atas jurnalis Samah Dowaik atas tuduhan menghasut melalui laman sosial Facebook.
Wanita dari bandar Silwan di al-Quds itu adalah seorang jurnalis Quds News Network. Beliau ditangkap di rumahnya pada 10 April lalu dan kini ditahan di penjara HaSharon.
Seramai 21 jurnalis Palestin kini merengkok dalam penjara Zionis.