Kabinet keselamatan Zionis kini bermesyuarat dalam bunker bawah tanah

BAITULMAQDIS, 23 Mei 2018 — Kabinet Keselamatan Zionis, iaitu sebuah forum 11 orang menteri-menteri kanan yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu, mula mengadakan mesyuarat mingguan mereka dalam sebuah bunker bawah tanah di kota Baitulmaqdis.

Bunker yang dikenali sebagai “Pusat Pengurusan Negara” itu buat pertama kali digunakan oleh forum tersebut pada tahun 2011, sebagai latihan menghadapi suasana krisis. Ia dibina di bawah kompleks kerajaan Zionis di Baitulmaqdis, yang turut mengadungi pusat-pusat arahan dan rumah-rumah kediaman.

Mereka akan terus bermesyuarat di situ sehingga diputuskan semula.

(YNet)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts