Kabinet Zionis bermesyuarat di Bukit Golan, cabar desakan antarabangsa

BEIT LAHM, 17 Apr 2016 (Maan) — Rejim Zionis buat pertama kali dalam sejarah mengadakan mesyuarat mingguan kabinet di Bukit Golan sebagai mencabar tekanan antarabangsa supaya diserahkan kembali wilayah berdaulat Syria yang mereka rampas itu.

Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu dalam mesyuarat tersebut menyebut bahawa rejimnya tidak akan berundur dari Bukit Golan. Kata beliau, “Bukit Golan merupakan sebahagian daripada bumi ‘Israel’ sejak zaman purba; puluhan sinagog purba yang masih wujud di kawasan tersebut adalah buktinya. Dan Golan adalah sebahagian daripada ‘Israel’ di era baharu.”

Rejim Zionis merampas Bukit Golan dalam Perang Enam Hari 1967. Selepas Perang Yom Kippur 1973, rejim Zionis dan Syria bersetuju mengadakan wilayah gencatan senjata dengan dipantau oleh PBB, di mana rejim Zionis mengawal dua per tiga wilayah tersebut di sebelah barat. Kini lebih 20,000 pendatang Yahudi tinggal dalam sekitar 30 penempatan haram dalam wilayah tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts