Kabinet Zionis putuskan untuk teruskan operasi di sempadan Gaza

NAZARETH, 7 Mei 2013 (PIC) — Kabinet keselamatan rejim Zionis semalam mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan operasi tentera mereka di sempadan Gaza untuk tujuan mengesan terowong bawah tanah.

Mesyuarat selama empat jam yang diadakan di Tel Aviv itu turut dihadiri oleh Benjamin Netanyahu, Menteri Perang Moshe Ya’alon, Ketua Staf Tentera Gadi Eisenkot dan Ketua Komander bahagian selatan Eyal Zamir.

Mereka menegaskan keperluan untuk meneruskan operasi 24-jam di dalam wilayah Gaza di sempadan untuk mengesan terowong dan menghalang serangan mujahidin ke atas tentera mereka.

Serangan dan pencerobohan tentera Zionis sejak Rabu lalu menyebakan pasukan mujahidin melancarkan beberapa serangan balas.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts