Kakak Sheikh Raed Salah dan menantu diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 26 Julai 2018 — Polis penjajah Zionis hari ini mengharamkan Nahida Salah dan menantunya, Fatima Kilani, daripada memasuki tapak suci Masjid al-Aqsa untuk tempoh 15 hari.

Nahida, 65, adalah kakak kepada Sheikh Raed Salah yang terkenal dengan jolokan Sheikh al-Aqsa.

Nahida ditangkap bersama anak perempuannya, Muntaha Amara, dan Fatima serta beberapa Muslimah lain ketika sedang duduk membaca al-Quran di kawasan Bab al-Rahma tengahari semalam. Gerombolan pendatang Yahudi yang menceroboh masuk al-Aqsa menghasut pasukan polis Zionis supaya menangkap kumpulan Muslimah tersebut, atas alasan tempat itu adalah milik Yahudi.

Mereka bertiga dibawa ke sebuah pusat interogasi sementara yang lain dibebaskan selepas ditahan dan disoal siasat. Muntaha dibebaskan selepas disoal siasat selepas ditahan selama satu jam, tetapi ibu dan iparnya hanya dibebaskan beberapa jam kemudian dengan dikenakan syarat supaya tidak memasuki perkarangan al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts