Kanada menggantung 30 permit untuk penjualan senjata kepada Israel dan membatalkan kontrak dengan sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) untuk menjual peluru buatan Quebec kepada tentera Israel, maklum Menteri Luar Negeri, Melanie Joly.
,Kerajaan tidak akan membenarkan peluru buatan Kanada dikeluarkan oleh General Dynamics yang berpangkalan di AS untuk dijual atau dihantar ke negara lain dan untuk dijual semula ke Israel.
Pengumuman ini dialu-alukan oleh National Council of Canadian Muslims (NCCM), pertubuhan advokasi Muslim terbesar di Kanada.
“Menteri Joly mengeluarkan mesej yang jelas dengan menyatakan dasar Kanada tentang larangan senjata ke Israel kekal,” NCCM.
Penjualan senjata Kanada dari negara perantara untuk dijual di Israel telah menjadi pertikaian sebelum ini.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Pusat Hal Ehwal Israel dan Yahudi berkata, kata-kata Joly mengganggu dasar kerajaan Kanada.