Kanak-kanak 11 tahun ditembak di bahagian kepala

AL-QUDS, 2 Okt 2017 — Tiga penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak beumur 11 tahun cedera ditembak oleh tentera Zionis di kem pelarian Shufat di al-Quds Timur petang tadi.

Kanak-kanak yang ditembak dengan peluru getah di bahagian dahinya itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Hadassah oleh pasukan Bulan Sabit Merah Palestin. Sementara dua lagi penduduk termasuk seorang warga dirawat di tempat kejadian.

Beberapa orang yang lain dirawat akibat sesak nafas.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts