Kanak-kanak 12 tahun ditembak kerana membaling batu

AL-QUDS, 11 Jan 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis menembak tepat seorang kanak-kanak Palestin di perkampungan Hizma di utara al-Quds menggunakan peluru hidup, atas tuduhan membaling batu ke arah sebuah bas yang membawa pendatang haram Yahudi.

Qusai Nimr, 12 tahun, dilaporkan cedera terkena tembakan di bahagian bawah badannya dan dikejarkan ke hospital Ein Kerem. Mangsa kini ditahan oleh tentera Zionis.

Menurut kenyataan pertubuhan Defense for Children International, kanak-kanak yang ditangkap, dipindahkan dan ditahan di pusat-pusat interogasi atau penjara sering mengalami kecederaan. Sejak Oktober lalu, 25 kanak-kanak Palestin dibunuh dan ratusan lagi kecederaan, dari masalah sesak nafas hinggalah kecederaan fizikal, dalam serangan oleh tentera atau polis Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts