Kanak-kanak 13 tahun cedera ditembak tentera Zionis

RAMALLAH, 2 Mei 2017 (Maan) — Tentera Zionis menembak dan mencedera kanak-kanak Palestin Jihad Muhammad Tamimi, 13, dalam satu pertempuran di tengah Tebing Barat malam tadi.

Tentera penjajah melepaskan tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke arah sekumpulan pemuda Palestin yang membaling batu dan botol ke arah kenderaan tentera di perkampungan Deir Nidham.

Jihad terkena tembakan di bahagian kaki dan dikejarkan ke Kompleks Rawatan Palestin di Ramallah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts