Kanak-kanak al-Quds ditembak mati

AL-QUDS, 19 Julai 2016 (PIC) — Pasukan polis Zionis menembak mati kanak-kanak Palestin Muhye Muhammad Sidqi al-Tabbakhi, 12, dalam satu pertempuran di bandar Ram di utara al-Quds petang tadi.

Mangsa ditembak secara sengaja dengan peluru getah di bahagian jantungnya dan kemudian dikejarkan ke Pusat Rawatan Palestin di Ramallah, di mana beliau meninggal dunia.

Pertempuran terceteus apabila pihak polis menyerang masuk bandar al-Ram dan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penduduk.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts