Kanak-kanak dua beradik diculik tentera Zionis

AL-QUDS, 15 Mei 2017 (IMEMC) — Tentera Zionis menyerbu kejiranan Ras al-Amud di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, malam tadi dan menculik dua beradik Jamal dan Mohammad al-Ghoul dari rumah mereka.

Kanak-kanak tersebut ditangkap setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Pertempuran sering tercetus di Silwan terutamanya di kejiranan Ein al-Louza apabila tentera menyerbu kawasan tersebut dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah rumah penduduk.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts