Kanak-kanak Gaza cedera dalam serangan di sempadan Gaza

GAZA, 15 Ogos 2018 — Seorang kanak-kanak Gaza cedera apabila terkena serpihan tembakan peluru hidup tentera Zionis di bahagian kepalanya, berdekatan sempadan timur Gaza petang semalam.

Ketika kejadian, mangsa berada berdekatan kem Great March Return (GRM) di timur Gaza di mana tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pemuda yang mengadakan bantahan berdekatan kawasan pagar sempadan.

Sejak pelancaran GRM pada 30 Mac lalu, seramai 176 penduduk Palestin telah dibunuh oleh tentera Zionis, sementara lebih 18,000 yang lain tercedera.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts