Kanak-kanak Gaza meninggal dunia selepas cedera parah ditembak tentera Zionis

GAZA, 13 Okt 2016 (PNN) — Kanak-kanak Gaza Abdullah Abu Mudeef, 10, meninggal dunia di Hospital Nasser setelah cedera parah ditembak oleh tentera Zionis dirumahnya yang terletak di kawasan al-Qarrara di timur bandar Khan Younis malam tadi.

Abdullah ditembak ketika sedang tidur di dalam rumah sementara yang dibina oleh keluarganya ditengah-tengah runtuhan bangunan akibat serangan tentera Zionis dalam serangan tahun 2014.

Ketika kejadian, tentera Zionis dari pos tentera Kissufim melepaskan tembakan secara rambang ke arah rumah berdekatan kawasan sempadan di timur Khan Younis, di mana sebutir peluru terkena bahagian belakang badan Abdullah.

Abdullah merupakan penduduk Gaza yang ke-30 dibunuh oleh tentera Zionis sejak 1 Oktober 2015.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts