Kanak-kanak meninggal dunia ditembak tentera Zionis di Ramallah

BEIT LAHM, 20 Jan 2018 — Kanak-kanak Palestin Layth Abu Naim, 16, meninggal dunia selepas cedera parah ditembak oleh tentera Zionis di Ramallah semalam.

Layth yang berasal dari perkampungan al-Mughayyer ditembak dengan peluru hidup di bahagian kepalanya, sebelum dikejarkan ke Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah dalam keadaan kritikal.

Kumpulan pemuda Palestin membaling batu dan membakar tayar apabila tentera Zionis menyerbu masuk perkampungan mereka dengan melepaskan tembakan peluru hidup.

Majlis pengkebumian beliau tengahari tadi dihadiri oleh ribuan orang, termasuk Datuk Bandar Ramallah Laila Ghannam dan wakil-wakil parti politik Palestin.

Sebelum upacara bermula, tentera Zionis tiba dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah kumpulan pemuda Palestin. Namun tiada kecederaan mahupun tangkapan berlaku.

Layth merupakan mangsa yang kelapan pembunuhan rejim Zionis sejak awal tahun ini. Empat daripada mereka adalah kanak-kanak berumur 16 tahun.

(IMEMC, Maan, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts