Kanak-kanak Palestin cedera dilanggar lari

AL-KHALIL, 17 Jan 2016 (Maan) — Seorang kanak-kanak perempuan Palestin cedera dilanggar lari oleh pendatang Yahudi di selatan kota al-Khalil.

Lian al-Razem, 4, dilanggar ketika melintas jalan di kejiranan Jabal Johar, di mana penempatan haram Kiryat Arba di bina di atas sebahagian daripada kawasannya.

Tentera Zionis dan pasukan ambulan Magen David tiba di tempat kejadian dan kemudian membawa mangsa ke kawasan berdekatan penempatan haram Kiryat Arba, sebelum membenarkan sebuah ambulan Bulan Sabit Merah Palestin membawa beliau ke Hospital al-Ahli lebih sejam kemudian dalam keadaan luka di suluruh badan, terutamannya di bahagian kaki kanan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts