Kanak-kanak Palestin cedera parah ditembak atas tuduhan cuba menikam

AL-KHALIL, 13 Sep 2017 — Seorang kanak-kanak Palestin cedera parah ditembak oleh tentera Zionis di persimpangan laluan masuk ke penempatan haram Kiryat Arba di timur al-Khalil tengahari tadi, selepas beliau cuba membuat serangan menikam.

Mangsa yang dikenali sebagai Haitham Hasan Jaradat, 13, dan berasal dari perkampungan Sair dikatakan berlari ke arah sebuah tempat menuggu bas, menyebabkan sekumpulan pendatang Yahudi memanggil tentera.

Beliau ditembak di bahagian perut apabila meluru ke arah pendatang Yahudi.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts