Kanak-kanak Palestin cedera parah ditembak di bahagian kepala

AL-QUDS, 7 Jan 2016 (IMEMC) — Seorang kanak-kanak Palestin cedera parah ditembak oleh tentera Zionis di bahagian kepalanya dalam satu kejadian di bandar al-‘Eesawiyya di al-Quds.

Ahmad Tawfiq Abu al-Hummus, 12 tahun, ditembak dengan peluru getah dan dikejarkan ke pusat perubatan Hadassah untuk menjalani pembedahan segera.

Puluhan tentera Zionis menceroboh masuk bandar al-‘Eesiwiyya, sehinggakan semua kedai terpaksa ditutup dan pertempuran tercetus di mana penduduk ditembak dengan peluru hidup, peluru getah dan juga gas pemedih mata.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts