BAITULMAQDIS, 7 Feb 2018 — Kanak-kanak Palestin Nizar Ra’ed al-Lowzi, 16, cedera parah terkena tiga das tembakan di bahagian muka, dada dan peha ketika tentera Zionis menyerang masuk kawasan kejiranan Kafr ‘Aqab di utara Baitulmaqdis.
Nizar pada mulanya dikejarkan ke Kompleks Perubatan Ramallah, kemudian dipindahkan ke Pusat Rawatan Hadasah di kota Baitulmaqdis kerana keadaannya yang sangat kritikal.
Ketika kejadian, Nizar berada berdekatan Tembok Pemisah bila tentera melepaskan berdas-das tembakan secara rambang. Tentera Zionis turut menembak peluru hidup ke arah penduduk yang cuba membantunya.
(IMEMC)