RAMALLAH, 11 Okt 2016 (Maan) — Tuduhan membaling batu yang dikenakan ke atas kanak-kanak Palestin Baraa Abd al-Qader Abu Jawda, 15, digugurkan hari ini apabila pihak mahkamah mendapati beberapa orang askar Zionis yang menangkap beliau telah memberikan kenyataan yang bercanggah.
Baraa yang berasal dari bandar al-Ram ditangkap pada 4 Oktober 2015. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin setelah merengkok dalam penjara Zionis selama lapan bulan.
Tahun lalu, rejim Zionis meluluskan satu undang-undang yang membolehkan kanak-kanak Palestin yang dituduh membaling batu dipenjara sehingga 20 tahun.