Kanak-kanak Palestin diharamkan bermain di perkarangan al-Aqsa

AL-QUDS, 3 Okt 2017 — Mahkamah Tinggi Zionis mengeluarkan arahan kepada unit polis di Masjid al-Aqsa supaya mengharamkan kanak-kanak Palestin bermain di sekitar perkarangan tapak suci itu.

Arahan itu dibuat susulan aduan oleh pendatang Yahudi yang menceroboh masuk al-Aqsa sebulan lalu.

Kenyataan mahkamah menyebut, “permainan bola di Bukit Haikal [Temple Mount, Masjid al-Aqsa] diharamkan kerana ia menodai kesuciannya.”

Pertubuhan-pertubuhan Yahudi mendesak supaya kanak-kanak diharamkan bermain di situ, dan mereka yang melanggar arahan akan didakwa dan dihukum penjara sehingga tujuh tahun. Mereka mendakwa aktiviti seperti itu menimbulkan tekanan emosi ke atas Yahudi yang menceroboh masuk al-Aqsa.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts