Kanak-kanak Palestin dihukum penjara 78 bulan

AL-QUDS, 17 Julai 2016 (Maan) — Mahkamah tentera Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam setengah tahun ke atas Muawiya Alqam, 14, atas tuduhan menikam seorang pengawal keselamatan Yahudi di penempatan haram Pisgat Zeev di utara al-Quds pada bulan November lalu.

Muawiya juga dikenakan hukuman menjalani pemulihan selama tiga tahun, di mana hukuman penjara selama 10 tahun akan dikenakan secara otomatik jika hukuman itu dilanggar. Keluarga beliau diarah membayar denda sebanyak 26,000 shekel (RM26,751), iaitu lebih daripada setahun gaji bagi seorang pekerja awam Palestin.

Muawiya dituduh melakukan serangan tersebut bersama sepupunya Ali Arqam, 12. Ali yang telah ditembak sebanyak tiga kali ketika kejadian tersebut masih ditahan di pusat pemulihan kanak-kanak selepas menjalani operasi membuang peluru dari bahagian perutnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts