Kanak-kanak Palestin ditahan selepas cedera parah ditembak

BAITULMAQDIS, 25 Jan 2019 — Kanak-kanak Palestin Mohamed Essam al-Kawasmi, 15, cedera parah dalam satu serbuan pasukan tentera pengintip Zionis di kem pelarian Shu’fat di timur laut Baitulmaqdis malam tadi.

Ketika kejadian, tentera Zionis mengejar dan menembak Mohamed Esaam bersama tiga rakannya yang sedang berjalan di kawasan Ras Khamis di kem tersebut. Tiga rakannya itu turut diculik.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin berjaya memberi bantuan kecemasan kepada mangsa, yang ditembak dengan peluru hidup di bahagian belakangnya. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Hadassha. Namun tentera Zionis menahan mangsa yang cedera parah itu dengan menggari beliau ke katil hospital.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts