Kanak-kanak Palestin mati ditembak tentera Zionis

BEIT LAHM, 23 Julai 2018 — Puluhan anggota tentera Zionis menyerbu kem pelarian Deheishe di selatan kota Beit Lahm dan menyerang penduduk, menyebabkan kematian seorang kanak-kanak dan puluhan yang lain cedera.

Tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah penduduk sehingga menyebabkan kerosakan.

Puluhan pemuda Palestin membantah serangan tersebut dengan membaling batu ke arah tentera, yang membalas dengan tembakan peluru hidup, peluru getah, gas pemedih mata dan bom pelali.

Akram Tha’er Mizhir, 15, cedera parah ditembak dengan peluru hidup di bagaian dada dan dikejarkan ke Hospital Beit Jala, di mana beliau akhirnya meninggal dunia.

Dua lagi pemuda cedera ditembak dengan peluru hidup, sementara puluhan yang lain cedera sesak nafas.

Sementara dua orang pemuda, Mohammad Adnan Abu Ayyash dan Jamal Sar’awi, diculik dalam kejadian tersebut.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts