Kanak-Kanak Palestin Meninggal Dunia Akibat Sekatan Di Kem Pelarian Yarmouk

DAMASKUS, 8 Nov 2015 (PIC) — Seorang kanak-kanak Palestin meninggal dunia di kem pelarian al-Yarmouk di Damaskus kerana tidak mendapat rawatan kesihatan akibat sekatan yang dikenakan oleh tentera rejim Bashar Asad dan kumpulan militia.

Kumpulan bertindak untuk pelarian Palestin di Syria semalam melaporkan bahawa Nedal Murad, 10 tahun, meninggal dunia akibat sakit jantung setelah mengalami demam melampau dan keracunan darah. Kumpulan tersebut mengesahkan bahawa semua hospital dan pusat rawatan di dalam kem tersebut tidak dapat memberikan rawatan akibat sekatan yang dikenakan sejak lebih dua tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Syria masih enggan mendedahkan status semua ahli keluarga al-Abdullah dari kejiranan al-Tadamun di kem pelarian al-Yarmouk yang diculik pada 27 Julai 2013. Ahli keluarga yang diculik itu adalah Mawloud al-Abdullah, 73 tahun, isterinya Daiba al-Ahmed, 65 tahun, anak-anak perempuan mereka Elham, En’aam dan Yasamin, dan cucu lelaki mereka, Obada Abdullah, 6 tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts