Kanak-kanak perempuan 12 tahun cedera ditembak tentera Zionis

QALQILYA, 21 Sep 2016 (PIC) — Kanak-kanak perempuan Palestin Baraa Ramadan Issawi, 12, cedera ditembak oleh tentera Zionis di sebuah sekatan tentera Alyahoo di laluan masuk ke Qalqilya pagi tadi, atas tuduhan cuba menikam tentera.

Mangsa dibiarkan cedera berdarah di Jalan 55 yang menghubungkan kawasan penempatan haram Yahudi Alfei dan Karni Shomron. Ketika kejadian, beliau sedang berjalan menuju ke sekolah dan tidak membawa secara ancaman kepada tentera.

Sejurus berlakunya tembakan, gerombolan besar tentera Zionis dikerah ke tempat kejadian dan menutup kawasan tersebut.

Bagaimanapun media Zionis melaporkan bahawa mangsa hanya membawa sebuah beg sekolah, tanpa ditemui sebarang pisau atau membawa ancaman kepda tentera Zionis. Tentera Zionis mengarahkan kanak-kanak tersebut berhenti kerana beliau melalui jalan khusus untuk kenderaan, sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara. Beliau kemudiannya ditembak di bahagian kaki sehingga jatuh.

TERKINI: Tentera Zionis memutuskan untuk membebaskan Baraa kerana tidak menemui bukti beliau membawa pisau. Laporan tentera menyebut kanak-kanak tersebut mengaku beliau melalui kawasan kejadian “untuk mati syahid.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts