Kanak-kanak perempuan dihukum penjara 18 bulan

RAMALLAH, 19 Dis 2016 (Maan) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan ke atas Natali Shouka, 15, atas tuduhan cuba melakukan serangan menikam.

Kanak-kanak perempuan dari bandar Rammun di Ramallah itu cedera ditembak di bahagian belakang serta dada dan kemudian diculik oleh tentera Zionis di sekatan tentera di perkampungan Beit Ur al-Tahta pada 29 April 2016.

Beliau dikejarkan ke Hospital Shaare Zedek untuk mendapat rawatan kecemasan, sebelum dipindahkan penjara HaSharon tidak lama selepas itu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts