Kanak-kanak perempuan dihukum penjara 4 bulan dan denda

AL-KHALIL, 16 Jan 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dan denda sebanyak 2,500 shekel (RM2,933) ke atas kanak-kanak perempuan Razan Abu Sal, 13.

Sejak tahun 2000, sekurang-kurangnya 8,000 kanak-kanak Palestin telah ditangkap dan dihukum dalam sistem tahanan tentera Zionis, yang terkenal dengan layanan buruk dan penderaan ke atas kanak-kanak.

Setiap tahun sekitar 500 hingga 700 kanak-kanak Palestin, sebahagiannya berumur 12 tahun, ditahan dan dihukum di mahkamah tentera Zionis. Mereka lazimnya dituduh terlibat membaling batu.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts