Kanak-kanak perempuan dihukum penjara 45 hari dan denda

RAMALLAH, 28 Jan 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 45 hari dan denda sebanyak 3,000 shekel (RM3,520) ke atas kanak-kanak perempuan Razan Abu Sel, 13.

Razan yang berasal dari kem pelarian al-Aroub di wilayah al-Khalil telah ditangkap pada 11 Januari lalu berdekatan Masjid Ibrahimi dan kemudian dikurung dalam penjara HaSharon.

Sehingga akhir tahun lalu, seramai 6,171 penduduk Palestin termasuk 350 kanak-kanak dikurung dalam penjara Zionis.

(WAFA)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts