Kanak-kanak sekolah dihasut bunuh penduduk Palestin

AL-QUDS, 9 Mei 2017 (Maan) — Media Zionis hari ini mendedahkan bagaimana pasukan polis telah membuat satu simulasi menembak dan membunuh seorang penduduk Palestin, yang dirujuk sebagai seorang pengganas, di hadapan ratusan kanak-kanak pelajar sekolah rendah dalam satu majlis di kota Ramat HaSharon.

Demonstrasi yang memaparkan keganasan dan hasutan membunuh manusia itu mengejutkan ibubapa mereka, walaupun sasaran mangsanya adalah penduduk Palestin.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran Zionis turut menggunakan beberapa kaedah lain untuk menanam permusuhan ke atas penduduk Palestin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts