BAITULMAQDIS, 18 Julai 2018 — Puluhan pendatang Yahudi membawa anak-anak mereka menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.
Polis Zionis membuka Pintu al-Magharebah pada jam 7:30 pagi dan mengerah pasukannya bersama pasukan keselamatan khas ke sekitar perkarangan tapak suci umat Islam itu, sebelum para penceroboh dibawa masuk.
Pencerobohan hari ini adalah lebih besar daripada kebiasaannya kerana kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi menghasut pengikut mereka menyambut perayaan Be’Av di atas tapak suci umat Islam itu, kononnya bagi memperingati ulang tahun pemusnahan kuil mereka.
(Maan, PIC)