Kapal kemanusiaan Turki bersedia untuk belayar ke Gaza

MERSIN, 1 Julai 2016 (WorldBulletin) — Kapal yang membawa 11,000 tan bantuan kemanusaan sedia meninggalkan Pelabuhan Mersin di selatan Turki menuju ke Gaza.

Kapal Lady Leyla yang didaftarkan di Panama itu dimuatkan dengan 2,000 tan beras, lima tan gandum, 10,000 pekej makanan dan 10,000 mainan kanak-kanak sejak Rabu lalu, berikutan persetujuan kerajaan Turki untuk memulihkan semula hubungan dengan rejim Zionis yang beku sejak enam tahun lalu.

Kapal tersebut dijangka tiba di pelabuhan Zionis di Ashdod dalam tempoh 30 jam, di mana ia akan dilepaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Turki, Veysi Kaynak.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts