Karavan penduduk Palestin di al-Quds Timur diroboh kali ke-6 dalam tempoh 10 tahun

AL-QUDS, 3 Ogos 2016 (Maan) — Karavan yang menjadi tempat berteduh keluarga Izz al-Din Abu Nijma yang terletak di kejiranan Beit Hanina di al-Quds Timur dirobohkan buat kali keenam dalam tempoh 10 tahun lalu.

Pihak perbandaran Zionis bagaimanapun menafikan mereka terlibat dalam operasi perobohan tersebut, walaupun kawasan tersebut terletak di bawah penguatkuasaan mereka.

Kali terakhir rumah mereka dirobohkan pada tahun 2014, keluarga Abu Nijma mendapat bantuan kerajaan Norway untuk mendapatkan rumah mudah alih sementara. Mereka memasang tayar pada treler rumah sementara tersebut, dengan harapan ia tidak akan dirobohkan dan dapat dialih sekiranya perlu.

Namun pada kali ini mereka terkejut apabila rumah karavan tersebut turut diserang dan diroboh secara tiba-tiba.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts