Kartunis Yahudi dipecat selepas lakar karakter babi Netanyahu

BEIT LAHM, 26 Julai 2018 — Seorang kartunis bebas The Jerusalem Post dipecat ekoran lakaran yang memapar Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, bersama beberapa orang pemimpin parti Likud sebagai karakter babi.

Avi Katz dipecat selepas lakarannya disiarkan dalam majalah dwi-mingguan The Jerusalem Report pada minggu lalu. Beliau adalah seorang pendatang Amerika, dan bekerja dengan majalah tersebut sejak tahun 1990.

Lakaran kontroversi itu menggambarkan Netanyahu dan ahli parti pelampau Likud berswafoto di bangunan parlimen Zionis, Knesset, selepas Undang-Undang Negara diluluskan.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts