Keadaan kesihatan al-Qeiq kini di tahap akhir

RAMALLAH, 24 Feb 2016 (PIC) — Keluarga tahanan Mohammad al-Qeiq kini tidak lagi berbincang tentang keadaan kesihatan beliau, yang kini berada di tahap akhir setelah memasuki bulan keempat mogok lapar.

Isterinya, Fayha Shalash turut memaklumkan bahawa keputusan para peguam mengundurkan diri dari membela kes suaminya dibuat setelah berbincang dan mendapat persetujuan keluarganya, kerana kedegilan pihak rejim Zionis untuk memenuhi tuntutan Mohammad.

Ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Qadoura Dafes, mengesahkan bahawa persatuannya akan memboikot mahmakah Zionis pada hari ini dan esok, sebagai tanda solidariti bersama Mohammad al-Qeiq.

Menurut Qadoura, prosedur undang-undang ke atas isu Muhammad al-Qeiq kini sudah berakhir setelah kes tersebut sampai ke peringkat Mahkamah Agung, dan kini dijadikan satu kes politik melibatkan kepentingan rejim penjajah. Beliau turut memaklumkan bahawa PPS kini menunggu jawapan pihak rejim terhadap cadangan membebaskan Muhammad al-Qeiq dan memindahkan beliau ke Hospital Makased di al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts