Keadaan tahanan mogok lapar di Ashkelon semakin kritikal

RAMALLAH, 18 Mei 2017 (PIC) — Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mengesahkan bahawa keadaan kesihatan tahanan mogok lapar yang dikurung di penjara Ashkelon semakin kritikal di mana mereka mengalami kelesuan dan hilang berat badan sehingga 20kg.

Pihak penjara Zionis meneruskan operasi harian memeriksa tahanan dan merampas barangan mereka. Empat tahanan dipindahkan ke hospital lapangan sejak tiga hari lalu apabila kesihatan mereka meruncing. Bagaimapun tahanan yang jatuh sakit masih meneruskan mogok.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts